Tentang-iSPKP
+ pertanyaan_ispkp@apad.gov.my + Trending Hashtag : #iSPKPMasaDepan
Selamat Datang ke Portal iSPKP
Agensi Pengangkutan Awam Darat Malaysia (APAD)

Portal ini merupakan platform untuk memperkenalkan Sistem iSPKP kepada masyarakat umum, pelanggan dan pengendali kenderaan perdagangan awam darat di Seluruh Malaysia. Ianya bertujuan untuk memudahkan urusan pelanggan berkaitan pengurusan pelesenan tanpa perlu ke kaunter APAD. Portal ini juga menjadi salah satu hub bagi menyebarkan maklumat umum berkaitan operasi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat.

APAD adalah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) yang bertanggungjawab untuk merancang, melaksanakan dasar dan strategi program pelesenan berkaitan pengangkutan awam darat merangkumi perkhidmatan rel, bas, terminal, teksi dan ehailing serta pengangkutan barangan melalui rel dan jalan raya. Ditubuhkan pada 1 Januari 2019 selepas pembubaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada 31 Disember 2018.

APAD komited dalam mencapai matlamat Kementerian Pengangkutan Malaysia dalam menghubungkan komuniti dan meningkatkan sosio ekonomi seiring dengan aspirasi negara bagi mencapai status negara maju dengan sistem pengangkutan awam darat yang berteraskan teknologi sebagai pemangkin pembangunan negara, selaras dengan Dasar Pengangkutan Negara 2030.

APAD juga sentiasa proaktif dan beriltizam dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional kepada pelanggannya dari pelbagai lapisan masyarakat. Akhir kata, saya dan seluruh warga APAD amat mengalu-alukan anda untuk memberikan maklumbalas, pandangan serta cadangan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan APAD. Selamat melayari portal rasmi kami. Semoga maklumat yang diperolehi dapat membantu semua pihak dalam hal ehwal berkaitan APAD.

Sekian terima kasih

Datuk Azlan Shah Al Bakri
Ketua Pengarah
Agensi Pengangkutan Awam Darat
Kementerian Pengangkutan Malaysia.


Pelawat
Jumlah Pelawat Bagi
Tahun 2023

Modul iSPKP
Fasa 1 : 8 Modul
Fasa 2 : 6 Modul

Kakitangan APAD
Jumlah Penjawatan
Kakitangan APAD

Permohonan Baharu
Jumlah Keseluruhan Pendaftaran Baharu

Ciri-Ciri Utama Sistem iSPKP

Sistem Pelesenenan Kenderaan Perdagangan

Mesra Pelanggan

Sistem Pelesenan Kenderaan Perdagangan


+ Permohonan & pembayaran atas talian
+ Urusan di kaunter diminimakan
+ Notifikasi pelesenan secara digital
+
+

Integriti & Isu Keselamatan

Sistem Pelesenan Kenderaan Perdagangan


+ Pengesahan bio-metrik
+ Akses kepada pengguna sah sahaja
+ Kesahihan data terjamin
+ Integrasi dengan pihak ketiga yang sah
+ Struktur keselamatan sistem yang dilindungi

Ketersediaan

Sistem Pelesenan Kenderaan Perdagangan


+ Data & maklumat boleh diakses bila-bila masa
+ Aplikasi mudah alih diwujudkan
+
+
+

Mesra Alam

Sistem Pelesenan Kenderaan Perdagangan


+ Pengeluaran dokumen digital
+ Penjimatan penggunaan kertas
+ Penjimatan kos perolehan bahan cetakan
+
+

Kebolehupayaan Penguatkuasa

Sistem Pelesenan Kenderaan Perdagangan


+ Penguatkuasaan atau semakan atas talian
+ Akses mudah alih bagi tujuan penguatkuasaan
+
+
+

Keberkesanan Analisa

Sistem Pelesenan Kenderaan Perdagangan


+ Pelaporan yang sistematik dan tepat
+ Pelaporan yang effektif
+ Menyokong atau menggubal keputusan/dasar
+
+
error: Content is protected !!
Skip to content