PORTAL iSPKP-MAKLUMAN
+ pertanyaan_ispkp@apad.gov.my + Trending Hashtag : #iSPKPMasaDepan

KAD PEMANDU

1. Mengapa saya perlu memohon kad pemandu melalui sistem iSPKP ?

  • Sistem pelesenan sedia ada di APAD/LPKP akan dijumutkan sepenuhnya setelah pengoperasian iSPKP.
  • Kad pemandu hanya akan dijana dari sistem iSPKP.


2. Bagaimana caranya untuk saya memohon kad pemandu melalui iSPKP ?

  • Langkah pertama ialah pemilik/pemandu perlu mendaftar sebagai pengguna iSPKP.
  • Sila rujuk FAQ untuk modul profil.
  • Setelah proses pendaftaran berjaya dan katalaluan diterima dan ditukarkan, pemilik/pemandu boleh akses ke modul kad pemandu untuk proses permohonan.


3. Adakah kos permohonan / pembaharuan kad pemandu akan berubah dengan pengoperasian iSPKP ?

  • Kos permohonan/pembaharuan kad pemandu masih sama.
  • Tiada perubahan pada kos terbabit.


4. Adakah saya boleh melantik agen/runner untuk menguruskan permohonan kad pemandu bagi pihak saya ?

  • Pelantikan agen/runner adalah dibenarkan di dalam sistem iSPKP.
  • Lantikan agen/runner mestilah dengan kelulusan pengarah syarikat/pemilik syarikat.
  • Pengarah syarikat adalah bertanggungjawab di atas apa-apa kemungkaran oleh agen/runner yang dilantik.
  • Sebarang kos tambahan oleh agen/runner adalah atas tanggungjawab Pengarah/pemilik syarikat.


5. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya kad pemandu saya hilang ?

  • Kad pemandu boleh dimuat turun dari profil syarikat melalui sistem iSPKP.
  • Sekiranya kad pemandu masih sah, cetakan semula boleh dilakukan sendiri oleh pemilik/pemandu.
  • Sekiranya kad pemandu telah tamat tempoh, perlu laksanakan proses pembaharuan kad pemandu secara dalam talian melalui iSPKP.


6. Adakah kad pemandu secara fizikal masih diperlukan ?

  • Keperluan untuk mempamerkan kad pemandu di dalam kenderaan (Teksi) masih lagi berkuatkuasa.
  • Akan tetapi dengan pengoperasian iSPKP, tiada lagi cetakan kad pemandu menggunakan kertas berciri keselamatan oleh APAD/LPKP.
  • Kad pemandu boleh dicetak sendiri oleh pemilik/pemandu.


7. Adakah terdapat panduan khusus untuk cetakan kad pemandu ?

  • Tiada panduan khusus ditetapkan buat masa ini.
  • Pemilik/pemandu perlu pastikan cetak kad pemandu adalah jelas dan dipamerkan supaya mudah dilihat agensi penguatkuasa dan orang awam.


8. Adakah terdapat sebarang perubahan dasar bagi pengeluaran/pembaharuan kad pemandu ?

  • Tiada perubahan dasar buat masa ini. Dasar sedia ada masih tergunapakai.
  • Pemakluman akan dibuat sekiranya terdapat perubahan pada dasar.


9. Adakah saya masih boleh membuat permohonan kad pemandu secara manual selepas pengoperasian iSPKP ?

  • Setelah pengoperasian iSPKP, tiada lagi permohonan secara manual akan diterima di kaunter APAD/LPKP.


10. Adakah saya boleh membuat pembayaran di kaunter ?

  • Pembayaran di kaunter APAD / LPKP masih diterima dan bergantung kepada ketetapan semasa mod pembayaran mengikut agensi.
  • Sila rujuk FAQ untuk modul pembayaran.


11. Adakah saya boleh membatalkan kad pemandu saya setelah iSPKP dilaksanakan ?

  • Proses untuk pembatalan kad pemandu tersedia di dalam sistem iSPKP.
  • Akan tetapi proses tersebut adalah secara dalam talian sepenuhnya.
  • Tiada keperluan untuk berurusan di kaunter secara manual.


12. Apa tindakan yang perlu saya lakukan sekiranya saya terlupa katalaluan ?

  • Sila klik ikon ‘lupa katalaluan’ pada skrin log masuk.
  • Ikuti arahan sehingga katalaluan sementara dijana dan diemelkan kepada emel yang berdaftar.
  • Tukar katalaluan sementara.
  • Gunakan katalaluan (yang telah ditukar) tersebut untuk akses ke iSPKP.


13. Kenapa saya perlu rahsiakan katalaluan iSPKP saya ?

  • Katalaluan adalah akses kepada maklumat pelesenan anda.
  • APAD/LPKP tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kemungkaran yang berlaku akibat insiden kebocoran maklumat katalaluan kepada pihak ketiga.


error: Content is protected !!
Skip to content