PORTAL iSPKP-MAKLUMAN
+ pertanyaan_ispkp@apad.gov.my + Trending Hashtag : #iSPKPMasaDepan

PERLANTIKAN WAKIL


1. Adakah pengendali / pelesen boleh melantik lebih dari seorang sebagai wakil syarikat ?

  • Tiada sekatan bagi lantikan PIC selagi mana ia mendapat pengesahan daripada pengarah syarikat atau pemilik lesen.
  • Pengarah syarikat atau pemilik lesen bertanggungjawab terhadap setiap PIC yang dilantik atau digugurkan.


2. Sekiranya wakil syarikat tidak lagi dilantik sebagai wakil syarikat, bagaimana pengendali / pelesen untuk mengemaskini nama wakil syarikat tersebut ?

  • Pengarah syarikat atau pemilik lesen bertanggungjawab terhadap setiap PIC yang dilantik atau digugurkan.
  • Hanya perlu kemaskini melalui sistem sahaja.


3. Bagaimana untuk melantik wakil syarikat yang baru sekiranya wakil sedia ada bersara atau berhenti kerja ?

  • Pengarah syarikat atau pemilik lesen bertanggungjawab terhadap setiap PIC yang dilantik atau digugurkan. Hanya perlu kemaskini melalui sistem iSPKP sahaja.
  • Permohonan untuk menjadi wakil syarikat perlu dibuat oleh individu tersebut dan kelulusan akan dibuat oleh Pengarah Syarikat/Pemilik Lesen yang berdaftar dengan sistem iSPKP


4. Adakah sistem iSPKP mengenali dengan mesra wakil syarikat yang dilantik, tanpa berlaku pencerobohan maklumat syarikat ?

  • Maklumat di dalam sistem iSPKP adalah sulit dan terjamin serta telah menjalani proses semakan keselamatan berdasarkan pekeliling kerajaan sedia ada.
  • Pengendali/pemilik lesen dinasihatkan untuk tidak berkongsi maklumat katalaluan iSPKP dengan mana-mana pihak lain.
  • Sebarang pencerobohan maklumat atas perkongsian katalaluan dengan pihak luar adalah atas tanggungjawab pengendali/pelesen.


5. Seorang wakil syarikat boleh mewakili beberapa pelesen, adakah pelesen / pengendali boleh mewakilkan lebih dari seorang wakil untuk satu syarikat ?

  • Tiada sekatan terhadap PIC dalam menjadi wakil sesebuah syarikat atau pemilik lesen.
  • Pengarah syarikat atau pemilik lesen bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap PIC yang dilantik atau digugurkan.


6. Apa yang perlu dilakukan oleh wakil / pengendali / pelesen yang mendaftar syarikat melalui sistem iSPKP, tetapi tidak menerima emel daripada APAD/LPKP ?

  • Makluman hanya daripada janaan Sistem iSPKP sahaja dan bukan daripada APAD/LPKP.
  • Sila pastikan maklumat emel yang dinyatakan semasa proses pendaftaran adalah tepat dan betul.
  • Sekiranya masih terdapat perkara berbangkit sila hubungi pejabat APAD/LPKP yang berdekatan untuk maklumat lanjut.


7. Adakah sistem iSPKP masih membenarkan pengendali/pelesen menggunakan wakil syarikat/agen ?

  • Ya, pengendali/pelesen masih boleh menggunakan wakil syarikat yang boleh terdiri daripada
    • a) Pekerja syarikat pengendali/ pelesen ataupun
    • b) “Runner”


8. Adakah wakil syarikat boleh menggunakan Portal APAD/LPKP ?

  • Ya, wakil syarikat perlu mendaftar sebagai wakil syarikat di dalam sistem iSPKP dan perlu mendapat pengesahan dari pengarah syarikat yang ingin diwakili.
  • Setelah proses tersebut berjaya dilaksanakan termasuk proses pengesahan biometrik, wakil syarikat boleh login kepada iSPKP untuk membuat transaksi permohonan pelesenan bagi syarikat yang mereka wakili.
  • Mohon maklum bahawa sebarang proses penipuan yang dikesan oleh sistem yang dilaksanakan oleh wakil syarikat boleh dikesan secara audit trail dan pihak Kerajaan berhak untuk menyekat akses iSPKP oleh wakil syarikat tersebut.


9. Adakah wakil syarikat boleh membuat transaksi bagi sebarang pelesen ?

  • Pengendali/Pelesen mesti melantik individu berkenaan sebagai wakil syarikat dalam sistem iSPKP sebelum wakil syarikat boleh mengakses iSPKP dan menjalankan transaksi bagi pihak pengendali/pelesen.
  • Pengendali/Pelesen juga perlu meluluskan setiap transaksi yang dilaksanakan oleh wakil syarikat.


10. Seorang wakil syarikat (Runner) boleh mewakili beberapa pengendali/pelesen. Adakah wakil syarikat tersebut akan menggunakan login berlainan bagi setiap pengendali/ pelesen ?

  • Seorang wakil syarikat akan hanya mendapat satu login.
  • Wakil syarikat tersebut boleh menjalankan transaksi bagi semua pengendali/pelesen yang diwakilinya dengan menggunakan login tersebut.
  • Akan tetapi setiap transaksi perlu diluluskan oleh pengarah syarikat/pemilik setiap syarikat yang diwakilinya.


11. Bagaimana wakil syarikat luaran/runner sekarang akan dimaklumkan mengenai sistem iSPKP ?

  • Sesi taklimat serta penyediaan latihan bagi penggunaan sistem iSPKP akan diadakan, ini bagi memberikan pendedahan mengenai pengoperasian iSPKP dari segi pemahaman serta penggunaan.
  • Pihak-pihak yang berkepentingan akan dijemput untuk menghadiri taklimat serta sesi latihan yang akan diadakan tersebut.


error: Content is protected !!
Skip to content