PORTAL iSPKP-MAKLUMAN
+ pertanyaan_ispkp@apad.gov.my + Trending Hashtag : #iSPKPMasaDepan

PENGESAHAN BIOMETRIK


1. Apakah itu proses pengesahan biometrik ?

  • Ianya adalah proses untuk pengesahan identiti di mana proses ini akan diintegrasi dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  • Proses pengesahan biometrik ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja untuk pengendali/pemilik lesen sedia ada serta juga kepada pengendali/pemilik lesen baharu.
  • Proses pengesahan biometrik ini perlu dilalui oleh pengarah syarikat (bagi syarikat Sdn Bhd / Bhd), pemilik (milikan tunggal / perkongsian), wakil syarikat, agen, PIC dan runners.


2. Adakah proses pengesahan biometrik ini percuma ?

  • Ya proses ini adalah percuma.
  • Perlu datang ke mana-mana kaunter APAD/LPKP yang berdekatan dengan alamat operasi pengendali/pemilik lesen.


3. Apakah agen atau runner perlu membuat pengesahan biometric di kaunter LPKP ?

  • Agen atau runner perlu membuat pengesahan biometrik di kaunter bagi pengesahan identiti.
  • Lantikan agen/runner perlu kepada pengesahan pengarah syarikat bagi setiap pengendali/pemilik lesen yang berdaftar.


4. Apakah Person-in-Charge (PIC) perlu membuat pengesahan biometrik ?

  • Sekiranya PIC ialah pengarah syarikat atau pemilik lesen, perlu membuat pengesahan biometrik bagi melengkapkan urusan pendaftaran pada Sistem iSPKP.
  • Sekiranya bukan pengarah syarikat atau pemilik lesen, PIC masih juga perlu untuk membuat pengesahan biometrik di kaunter bagi tujuan pengesahan identity.
  • Lantikan agen/runner perlu kepada pengesahan pengarah syarikat bagi setiap pengendali/pemilik lesen yang berdaftar


5. Bagaimana jika pengarah syarikat/pemilik lesen/wakil syarikat/agen/PIC/runner tidak dapat hadir secara fizikal di pejabat APAD / LPKP untuk tujuan pengesahan biometrik ?

  • Terdapat kaedah alternatf yang disediakan iaitu perkhidmatan eKYC (electornic-know-your-customer).
  • eKYC adalah kaedah pengesahan identiti yang digunakan oleh industry perbankan serta perkhidmatan ehailing.
  • Akan tetapi perkhidmatan ini adalah perkhidmatan yang berbayar serta tidak ditanggung oleh Kerajaan.
  • Kos perkhidmatan ini adalah RM4.20 untuk sekali pengesahan sahaja.
  • Pembayaran akan dibayar terus oleh pemohon terus kepada penyedia perkhidmatan eKYC tersebut.  Tiada penglibatan pihak Kerajaan di dalam proses pembayaran bagi perkhidmatan tersebut.
  • Perkhidmatan eKYC adalah alternatif kepada proses pengesahan biometrik secara fizikal di kaunter APAD/LPKP, tiada paksaan untuk menggunakan perkhidmatan ini.
  • Perkhidmatan eKYC hanya akan diadakan bermula dari 6 April 2023.
  • Baca soalan lazim mengenai eKYC seterusnya.


error: Content is protected !!
Skip to content