Ianya adalah proses untuk pengesahan identiti di mana proses ini akan diintegrasi dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Proses pengesahan biometrik ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja untuk pengendali/pemilik lesen sedia ada serta juga kepada pengendali/pemilik lesen baharu.
Proses pengesahan biometrik ini perlu dilalui oleh pengarah syarikat (bagi syarikat Sdn Bhd / Bhd), pemilik (milikan tunggal / perkongsian), wakil syarikat, agen, PIC dan runners.
2. Adakah proses pengesahan biometrik ini percuma ?
Ya proses ini adalah percuma.
Perlu datang ke mana-mana kaunter APAD/LPKP yang berdekatan dengan alamat operasi pengendali/pemilik lesen.
3. Apakah agen atau runner perlu membuat pengesahan biometric di kaunter LPKP ?
Agen atau runner perlu membuat pengesahan biometrik di kaunter bagi pengesahan identiti.
Lantikan agen/runner perlu kepada pengesahan pengarah syarikat bagi setiap pengendali/pemilik lesen yang berdaftar.
4. Apakah Person-in-Charge (PIC) perlu membuat pengesahan biometrik ?
Sekiranya PIC ialah pengarah syarikat atau pemilik lesen, perlu membuat pengesahan biometrik bagi melengkapkan urusan pendaftaran pada Sistem iSPKP.
Sekiranya bukan pengarah syarikat atau pemilik lesen, PIC masih juga perlu untuk membuat pengesahan biometrik di kaunter bagi tujuan pengesahan identity.
Lantikan agen/runner perlu kepada pengesahan pengarah syarikat bagi setiap pengendali/pemilik lesen yang berdaftar
5. Bagaimana jika pengarah syarikat/pemilik lesen/wakil syarikat/agen/PIC/runner tidak dapat hadir secara fizikal di pejabat APAD / LPKP untuk tujuan pengesahan biometrik ?
Terdapat kaedah alternatf yang disediakan iaitu perkhidmatan eKYC (electornic-know-your-customer).
eKYC adalah kaedah pengesahan identiti yang digunakan oleh industry perbankan serta perkhidmatan ehailing.
Akan tetapi perkhidmatan ini adalah perkhidmatan yang berbayar serta tidak ditanggung oleh Kerajaan.
Kos perkhidmatan ini adalah RM4.20 untuk sekali pengesahan sahaja.
Pembayaran akan dibayar terus oleh pemohon terus kepada penyedia perkhidmatan eKYC tersebut. Tiada penglibatan pihak Kerajaan di dalam proses pembayaran bagi perkhidmatan tersebut.
Perkhidmatan eKYC adalah alternatif kepada proses pengesahan biometrik secara fizikal di kaunter APAD/LPKP, tiada paksaan untuk menggunakan perkhidmatan ini.
Perkhidmatan eKYC hanya akan diadakan bermula dari 6 April 2023.