PORTAL iSPKP-MAKLUMAN
+ pertanyaan_ispkp@apad.gov.my + Trending Hashtag : #iSPKPMasaDepan

PELESENAN

1. Mengapa saya harus menggunakan iSPKP ?

  • iSPKP adalah sistem pelesenan baharu yang dibangunkan oleh MOT untuk memudahkan proses permohonan pelesenan kenderaan perdagangan untuk APAD dan LPKP Sabah dan LPKP Sarawak (LPKP).
  • iSPKP akan menggantikan sistem sedia ada yang digunakan oleh APAD dan LPKP.
  • Sistem sedia ada tersebut akan dijumutkan setelah iSPKP beroperasi sepenuhnya.


2. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya ada pertanyaan mengenai iSPKP ?

  • Sebarang pertanyaan mengenai iSPKP boleh disalurkan kepada emel berikut :-
    • pertanyaan_ispkp@apad.gov.my
    • pertanyaan_ispkp@lpkpsabah.gov.my
    • pertanyaan_ispkp@lpkpsarawak.gov.my
  • Boleh juga berhubung dengan talian telefon yang tertera di dalam laman sesawang APAD/LPKP.


3. Adakah saya masih perlu mencetak lesen pengendali/permit kenderaan/lesen kenderaan yang dijana oleh iSPKP ?

  • Keperluan untuk mempamerkan lesen/permit masih berkuatkuasa.
  • Lesen/permit perlu dipamerkan supaya mudah dilihat oleh agensi penguatkuasaan yang berwajib/orang awam.
  • Kecuali LPKP Sarawak, pengendali/pelesen perlu mencetak sendiri lesen/permit tanpa perlu hadir ke APAD/LPKP.
  • LPKP Sarawak sahaja yang masih akan mencetak lesen kenderaan secara manual di atas kertas berciri keselamatan.
  • Sebarang perubahan kepada keputusan ini akan dibuat oleh LPKP Sarawak (jika ada/perlu).


4. Adakah terdapat sebarang peraturan atau kaedah bagi cetakan lesen/permit yang dijana oleh iSPKP ?

  • Buat masa ini tiada panduan khusus dikeluarkan.
  • Pengendali/pelesen cuma perlu pastikan cetakan lesen/permit adalah jelas dan boleh dibaca.
  • Jika ada ketetapan panduan khusus diwujudkan kelak, pemberitahuan kepada pengendali/pelesen berdaftar akan dilaksanakan.


5. Adakah saya boleh melantik agen/runner untuk melaksanakan permohonan pelesenan saya di iSPKP ?

  • Lantikan agen/runner adalah dibenarkan tetapi perlu mendapat kelulusan daripada Pengarah syarikat.
  • Sila rujuk FAQ untuk Modul Profil bagi tatacara pelantikan agen/runner.
  • Perlu diingat bahawa sebarang kemungkaran yang dilakukan oleh agen/runner adalah atas tanggungjawab Pengarah Syarikat.


6. Adakah terdapat perubahan pada kos pelesenan dengan pengoperasian iSPKP ?

  • Tiada perubahan pada kos pelesenan.
  • Fi pelesenan masih kekal sama.


7. Bagaimana saya boleh menjamin keselamatan maklumat pelesenan kenderaan perdagangan bagi syarikat saya ?

  • Sistem iSPKP adalah unik dan akses adalah melalui katalaluan yang khusus. Sila rujuk FAQ modul profil untuk tatacara pendaftaran dan penyediaan katalaluan.
  • Sila pastikan katalaluan bagi sistem iSPKP tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.
  • APAD/LPKP tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kemungkaran yang berlaku disebabkan oleh katalaluan akses iSPKP diberikan kepada pihak ketiga.


8. Apa yang menyebabkan permohonan dalam talian iSPKP tidak dapat dilengkapkan ?

  • Antara sebabnya adalah sekiranya tempoh sah laku pendaftaran syarikat dengan SSM telah luput tarikh atau syarikat sedang dalam proses pengulungan (winding up)


9. Adakah terdapat sebarang perubahan pada polisi/dasar pelesenan sedia ada dengan pengoperasian iSPKP ?

  • Buat masa ini, tiada perubahan pada dasar pelesenan sedia ada.


10. Adakah pembayaran di kaunter masih diterima ?

  • Kaunter APAD/LPKP masih beroperasi tetapi tiada permohonan secara manual akan diterima oleh kaunter.
  • Pembayaran di kaunter masih diterima tapi permohonan perlu dilaksanakan melalui iSPKP secara dalam talian.
  • Mod pembayaran bergantung kepada ketetapan sedia ada APAD/LPKP.


11. Bagaimana saya boleh mengakses dokumen yang dijana oleh iSPKP ?

  • Dokumen yang dijana oleh iSPKP boleh diakses melalui paparan profil syarikat.


12. Adakah saya masih lagi perlu hadir ke pejabat/cawangan APAD/LPKP untuk urusan permohonan pelesenan kenderaan perdagangan ?

  • Dengan pengoperasian sistem iSPKP, keperluan untuk hadir ke kaunter APAD/LPKP hanya sekali sahaja, iaitu untuk proses pengesahan biometric (sila rujuk FAQ modul profil).
  • Kesemua proses permohonan boleh dibuat secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter-kaunter APAD/LPKP.
  • Kecuali LPKP Sarawak, di mana pelesen perlu hadir untuk mengambil lesen kerana cetakan manual masih dilaksanakan.
  • LPKP Sarawak akan maklumkan sekiranya terdapat perubahan bagi ketetapan tersebut.


13. Adakah saya masih lagi perlu mencetak dokumen sokongan secara fizikal semasa proses permohonan ?

  • Dengan pengoperasian iSPKP, tiada keperluan untuk mencetak dokumen sokongan secara fizikal.
  • Dokumen sokongan hanya perlu dimuatnaik di dalam iSPKP untuk semakan pegawai proses.
  • Dokumen-dokumen asas lain seperti maklumat pendaftaran syarikat serta kad pengenalan pengarah juga tersedia secara integrasi terus dengan SSM dan JPN.


14. Apa yang akan menyebabkan permohonan pelesenan kenderaan barangan saya ditolak ?

  • Dokumen sokongan yang dimuatnaik tidak lengkap / salah.
  • Kemampuan kewangan syarikat tidak menepati syarat-syarat kelulusan sedia ada.


error: Content is protected !!
Skip to content