1. Bagaimanakah pengendali/pelesen baru akan mendapat login dan kata laluan untuk portal APAD/LPKP ?
Pengendali/Pelesen baru perlu akses kepada portal iSPKP, yang boleh dicapai melalui laman sesawang APAD/LPKP atau melalui pautan yang dinyatakan di dalam P3.
A. Semenanjung – APAD
B. Sabah – LPKP Sabah
C. Sarawak – LPKP Sarawak
Setelah pegawai APAD/LPKP meluluskan pendaftaran pengendali/pelesen, Pengarah pengendali/ pelesen perlu menghadirkan diri ke kaunter APAD/LPKP untuk pembuat pengesahan biometrik.
Pengendali/ Pelesen akan diberikan login dan kata laluan sementara.
Seterusnya, pengendali/ pelesen boleh mengakses sistem iSPKP untuk membuat penukaran katalaluan.
Setelah berjaya pengendali/pelesen akan diberikan akses kepada iSPKP.
2. Apakah yang perlu dilakukan oleh pemohon/pemilik lesen sekiranya lupa kata laluan/kata nama ?
Boleh tetapkan kata laluan yang baharu pada sistem melalui fungsi ‘Lupa Kata Laluan’.
Sila pastikan maklumat emel yang didaftarkan adalah tetap dan betul kerana pemakluman perubahan kata laluan akan disalurkan kepada emel yang didaftarkan.