PORTAL iSPKP-MAKLUMAN
+ pertanyaan_ispkp@apad.gov.my + Trending Hashtag : #iSPKPMasaDepan

APA ITU eKYC


1. Apakah itu eKYC ?

  • eKYC adalah singkatan kepada ‘elektronic-Know-Your-Customer’.
  • Ianya adalah konsep pengesahan identity yang sama yang digunakan oleh sector perbankan dan sector ehailing.


2. Adakah proses eKYC ini mandatori penggunaannya ?

  • Ianya adalah kaedah pengesahan identiti secara atas talian sebagai alternatif kepada pemohon/pengendali/pelesen sekiranya tidak dapat hadir untuk tujuan pengesahan biometric secara fizikal di kaunter-kaunter APAD/LPKP.
  • Ianya bukanlah mandatori.


3. Adakah perkhidmatan eKYC disediakan secara percuma ?

  • eKYC sebagai perkhidmatan alternatif adalah perkhidmatan yang berbayar.
  • Ianya disediakan oleh pihak ketiga dan pembayaran dibuat terus kepada pihak ketiga tersebut.


4. Berapakah kos penggunaan eKYC ?

  • Kos perkhidmatan eKYC adalah RM4.20.
  • Ianya hanya perlu dilakukan sekali sahaja semasa proses pendaftaran.
  • Pembayaran akan dibuat secara atas talian terus kepada penyedia perkhidmatan tersebut.
  • Sekiranya pemohon/pengendali/pelesen tidak mahu membayar kos eKYC tersebut, boleh hadir ke kaunter-kaunter APAD/LPKP yang berdekatan untuk tujuan pengesahan biometrik secara fizikal.


5. Adakah penggunaan eKYC hanya kepada pengarah syarikat/pemilik lesen sahaja ?

  • Penggunaakan eKYC adalah terbuka kepada semua pengguna iSPKP yang perlu mendaftar serta membuat pengesahan identiti.


error: Content is protected !!
Skip to content