eKYC adalah singkatan kepada ‘elektronic-Know-Your-Customer’.
Ianya adalah konsep pengesahan identity yang sama yang digunakan oleh sector perbankan dan sector ehailing.
2. Adakah proses eKYC ini mandatori penggunaannya ?
Ianya adalah kaedah pengesahan identiti secara atas talian sebagai alternatif kepada pemohon/pengendali/pelesen sekiranya tidak dapat hadir untuk tujuan pengesahan biometric secara fizikal di kaunter-kaunter APAD/LPKP.
Ianya bukanlah mandatori.
3. Adakah perkhidmatan eKYC disediakan secara percuma ?
eKYC sebagai perkhidmatan alternatif adalah perkhidmatan yang berbayar.
Ianya disediakan oleh pihak ketiga dan pembayaran dibuat terus kepada pihak ketiga tersebut.
4. Berapakah kos penggunaan eKYC ?
Kos perkhidmatan eKYC adalah RM4.20.
Ianya hanya perlu dilakukan sekali sahaja semasa proses pendaftaran.
Pembayaran akan dibuat secara atas talian terus kepada penyedia perkhidmatan tersebut.
Sekiranya pemohon/pengendali/pelesen tidak mahu membayar kos eKYC tersebut, boleh hadir ke kaunter-kaunter APAD/LPKP yang berdekatan untuk tujuan pengesahan biometrik secara fizikal.
5. Adakah penggunaan eKYC hanya kepada pengarah syarikat/pemilik lesen sahaja ?
Penggunaakan eKYC adalah terbuka kepada semua pengguna iSPKP yang perlu mendaftar serta membuat pengesahan identiti.