PORTAL iSPKP-MAKLUMAN
+ pertanyaan_ispkp@apad.gov.my + Trending Hashtag : #iSPKPMasaDepan

MODUL PROFIL


1. Apakah itu proses pendaftaran Profil ?

  • Setiap pengguna sistem iSPKP perlu mendaftar sebagai pengguna kerana sistem iSPKP tidak dibuka secara umum kepada pengguna luaran.
  • Hanya pengguna/pengendali/pelesen yang berdaftar sahaja akan mempunyai akses kepada iSPKP.


2. Apakah objektif APAD melaksanakan POC untuk perkhidmatan berkonsepkaApa akan terjadi sekiranya saya sebagai pengendali / pelesen sedia ada tidak mendaftar sebagai pengguna sistem iSPKP ?

  • Sekiranya pendaftaran tidak dilaksanakan, akses kepada sistem tidak akan diberikan dan pengendali / pelesen tidak akan mempunyai akses untuk melaksanakan sebarang permohonan berkaitan lesen/permit kerana APAD/LPKP akan beralih kepada sistem pelesenan atas talian sepenuhnya menjelang suku tahun kedua 2023


3. Bagaimana saya boleh mendaftar sebagai pengguna iSPKP ?

  • Proses pendaftaran sistem iSPKP boleh dibuat melalui pautan berikut :
    • https://ispkp.apad.gov.my/apad/#/
    • https://ispkp.lpkpsabah.gov.my/sabah/#/
    • https://ispkp.lpkpsarawak.gov.my/sarawak/#/
  • Nota: Pautan ini tergunapakai untuk proses pendaftaran bermula dari 3 April 2023 sehingga tarikh Go Live. Setelah iSPKP Go Live, akses kepada proses pendaftaran boleh dicapai melalui portal agensi pada pautan iSPKP. Penerangan lanjut akan diberikan kelak.


4. Adakah pengendali boleh terus menggunakan sistem iSPKP untuk tujuan permohonan setelah mendaftar sebagai pengguna iSPKP ?

  • Sistem iSPKP belum dilancarkan sepenuhnya.
  • Bermula 3 April 2023, setelah berjaya mendaftar sebagai pengguna iSPKP, pengendali/pemilik lesen hanya akan mendapat akses kepada paparan profil pelesenan masing-masing.
  • Melalui paparan ini, pengendali/pemilik lesen boleh melihat maklumat mengenai syarikat serta maklumat lesen kenderaan perdagangan yang telah didaftarkan di bawah syarikat mereka sahaja.
  • Akses untuk permohonan pelesenan melalui iSPKP dijangka akan dibuka kepada pengguna secara berperingkat bermula Mei 2023.


5. Mengapa Pengarah Syarikat / pelesen berdaftar yang perlu mendaftar ?

  • Sistem iSPKP hanya menyediakan 1 akses utama untuk setiap pengendali/pemilik lesen.
  • Sebagai pengarah syarikat/pemilik lesen, anda adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas urusan lantikan wakil syarikat/runners/person-in-charge yang dilantik untuk berurusan dengan APAD/LPKP mengenai permohonan pelesenan anda melalui iSPKP.


6. Mengapa tidak semua pengendali /pemilik sedia ada yang mendapat jemputan untuk mendaftar kepada sistem iSPKP ?

  • Sistem iSPKP sedeang di dalam peringkat akhir pembangunan sebelum ianya dilancarkan.
  • Proses pendaftaran bagi pengendali / pemilik lesen sedia ada dibuat secara berperingkat terlebih dahulu bagi membolehkan pihak Kerajaan mengenal pasti sebarang isu yang berbangkit.
  • Tambahan pula, pihak Kerajaan tidak mahu kaunter APAD/LPKP diserbu oleh pengendali/pemilik lesen untuk tujuan pendaftaran sehingga menimbulkan kesesakan di kaunter-kaunter APAD/LPKP sehingga gangguan kepada aktiviti pelesenan harian di kaunter-kaunter APAD/LPKP.


7. Bagaimana wakil syarikat luaran/ runner sekarang akan dimaklumkan mengenai sistem iSPKP ?

  • Sesi taklimat serta penyediaan latihan bagi penggunaan sistem iSPKP akan diadakan, ini bagi memberikan pendedahan mengenai pengoperasian iSPKP dari segi pemahaman serta penggunaan.
  • Pihak- pihak yang berkepentingan akan dijemput untuk menghadiri taklimat serta sesi latihan yang akan diadakan.


8. Apakan Ciri- ciri Browser Yang Diperlukan Untuk Melayari Portal iSPKP ?

  • Google Chrome versi terkini
  • Microsoft Edge versi terkini
  • Mozilla Firefox versi terkini
  • Kelajuan Internet 30–50Mbps


9. Bagaimanakah Jika Pendaftaran Biometrik Pengguna Tidak Dapat Dilakukan Atas Sebab Kecacatan ?

  • Mohon pengguna ke kaunter APAD/LPKP yang berdekatan untuk proses pengesahan biometrik secara manual
  • Sila bawa surat dari JPN (sekirannya ada).


10. Adakah Pengguna Yang Mendaftarkan Diri Sebagai Pengguna Peribadi Boleh Mendaftarkan Diri Sebagai Wakil Agensi ?

  • Sila rujuk kepada FAQ modul Profil yang tersedia di dalam portal iSPKP. Sebarang proses pendaftaran sebagai wakil/ ejen/ runner perlu mendapatkan kelulusan Pengarah Syarikat.


11. Saya Mempunyai Mypr. Bolehkah Saya Mewujudkan Profil Id Untuk iSPKP ?

  • Individu yang memegang status PR tidak dibenarkan untuk memiliki permit kenderaan kecuali sebagai Pemandu Kedua untuk teksi. Bagi teksi, urusan permohonan Kad Pemandu hanya boleh dilaksanakan oleh pengendali sahaja.


12. Bagaimana Pula Dengan Pemegang Passport? Bolehkah Pemegang Passport Mewujudkan Profil Id iSPKP ?

  • Boleh, berdasarkan syarat- syarat berikut:
    • a) Syarikat yang berdaftar dengan SSM
    • b) Nama pemegang passport tersebut tersenarai sebagai Ahli Lembaga Pengarah di dalam SSM.


13. Adakah Syarat- Syarat Untuk Saya Mewujudkan Profil Id Di Portal iSPKP ?

  • iSPKP adalah sistem yang diwujudkan untuk tujuan permohonan pelesenan kenderaan perdagangan.
  • Mestilah syarikat Perkongsian/ Milikan Tunggal yang berdaftar dengan SSM/ SKM atau mana- mana Agensi yang dibenarkan (untuk LPKP Sabah dan Sarawak).
  • Pendaftaran syarikat dengan Agensi berwajib tersebut mestilah masih sah (tidak luput/tamat tempoh).


14. Saya Mendapati Maklumat Profil Syarikat Saya Tidak Tepat. Bagaimana Untuk Membuat Pengemaskinian ?

  • Maklumat pengendali adalah maklumat yang dimigrasikan daripada sistem pelesenan sedia ada.
  • Sila hadir ke pejabat APAD/ LPKP yang berdekatan serta bawa dokumen asal sebagai bukti.


15. Saya Dapati Runner/ Wakil Syarikat Saya Telah Membuat Kesilapan Ketika Permohonan. Bagaimana Perlu Saya Membuat Pembatalan Di Atas Permohonan Atau Permit Tersebut ?

  • Adalah menjadi tanggungjawab Pengarah/ Pemilik Syarikat untuk memastikan Runner / Wakil Syarikat yang dilantik tidak melakukan kesilapan berkenaan permohonan pelesenan di dalam iSPKP.
  • Kesemua proses permohonan yang dilakukan oleh runner/wakil syarikat/PIC perlu mendapat kelulusan Pengarah syarikat terlebih dahulu.
  • Adalah menjadi tanggungjawab pengarah syarikat untuk memastikan permohonan yang dibuat/dihantar adalah betul dan tepat.
  • Proses pembatalan disediakan sekiranya diperlukan.


16. Saya Sebagai Runner / Wakil Syarikat Telah Berjaya Membuat Bayaran Dan Menerima Resit/ Inbois. Tetapi Saya Tidak Menerima Sebarang Surat Kelulusan Atau Permit.

  • Runner/ Wakil Syarikat hanya dibenarkan untuk membuat permohonan.
  • Pembayaran perlu dibuat oleh Pengarah Syarikat. Sekiranya pengarah syarikat tidak membuat bayaran secara dalam talian melalui iSPKP, Runner/ Wakil Syarikat boleh datang ke kaunter APAD untuk membuat pembayaran. Tetapi dokumen akan diemelkan terus kepada Pengarah Syarikat setelah pembayaran sudah diterima.


17. Sekiranya Berlaku Kematian Kepada Rakan Kongsi/ Pemilik Tunggal Dan Terlupa Kata Laluan. Apa Tindakan Yang Perlu Diambil Oleh Pewaris Untuk Membuat Transaksi Seterusnya (Tukar Milik) ?

  • Pewaris perlulah mempunyai syarikat/ perniagaan yang sah yang berdaftar dengan SSM dan perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna sistem iSPKP.
  • Keperluan tukar milik perlulah mengikut syarat sedia ada yang telah ditetapkan oleh agensi.


18. Bagaimana Saya Ingin Memuat Turun Manual Dan Juga Dokumen Polisi ?

  • Sila ke portal iSPKP di https://iportal.ispkp.gov.my atau melalui laman sesawang APAD di https://www.apad.gov.my


19. Sekiranya Syarikat Saya Telah Diisytiharkan Dibubarkan. Bagaimana Cara Untuk Saya Meneruskan Permohonan ?

  • Syarikat yang telah diisytiharkan ‘Bubar’ tidak dibenarkan untuk meneruskan proses permohonan melalui iSPKP.


20. Bolehkah Saya Menukar Kata Laluan ?

  • Boleh. Sila rujuk FAQ Profil untuk tukar katalaluan.


21. Bolehkah Saya Menukar ID Pengguna ?

  • Tidak. ID Pengguna adalah berdasarkan nombor pendaftaran SSM.


22. Bagaimanakah Caranya Untuk Melindungi Id Pengguna Dan Kata Laluan Saya ?

  • Jangan kongsikan maklumat tersebut dengan pihak Ketiga.


23. Bagi Syarikat Yang Lebih Daripada Seorang Pengarah/ Rakan Kongsi, Adakah Semua Ahli Perlu Hadir Untuk Membuat Pengesahan Biometrik ?

  • Hanya seorang sahaja Pengarah yang perlu mendaftar dengan iSPKP.
  • Terpulang kepada Lembaga Pengarah/pemilik untuk memutuskan Pengarah yang akan bertanggungjawab untuk memantau iSPKP.


24. Sekiranya Berlaku Tukar Milik, Adakah ID Sedia Ada Masih Kekal Atau Sebaliknya ?

  • Proses Tukar Milik adalah bergantung kepada kelulusan Agensi.
  • Tiada keperluan untuk menukar Id. Cuma perlu diingati bahawa Pewaris yang akan menerima permit yang ditukar milik tersebut adalah syarikat/perniagaan yang berdaftar dengan SSM/mana-mana agensi kerajaan yang setaraf dengannya.


25. Bolehkah Saya Melayari iSPKP Menggunakan Browser di Telefon Bimbit ?

  • Boleh


error: Content is protected !!
Skip to content